Laman

Rabu, 28 November 2018

Download Buku Seikh Imran Hosein Pdf Ebook


Beliau di lahirkan di Trinidad yang terletak di kepulauan Caribbean pada tahun 1942. Keluarganya berasal dari India yang datang bekerja sebagai buruh di sana. Beliau merupakan graduan dari Institut Aleemiyah di Karachi. Selain dari itu beliau juga graduan dari beberapa Universiti termasuk Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Hubungan Antarabangsa yang bertempat di Switzerland.Beliau bertugas selama beberapa tahun sebagai pegawai kedutaan di Jabatan Perhubungan Antarabangsa dengan kerajaan Trinidad dan Tobago. Tetapi beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1985 demi untuk menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah . 

Beliau tinggal di New York selama sepuluh tahun semasa bertugas sebagai Pengarah Pengajian Islam untuk Jawatankuasa Persatuan Muslim untuk kawasan New York. Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang Islam di beberapa universiti, kolej, gereja, rumah ibadat Yahudi, penjara-penjara dan lain-lain tempat di kawasan Amerika dan Kanada. Beliau juga terlibat dalam dialog antara agama dengan ulamak Kristian dan Yahudi sebagai mewakili Islam semasa dia USA. Beliau juga merupakan seorang imam untuk beberapa ketika semasa di Masjid Dar al-Quran di Kepulauan Long di New York. Beliau juga merupakan Imam solat Jumaat dan pernah menyampaikan ceramah di ibu pejabat United Nations di Manhattan sekali sebulan selama sepuluh tahun berturut-turut.


Beliau merupakan bekas Pengetua Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan. Selain dari itu beliau juga merupakan seorang Direktor Kajian Kongress Muslim Sedunia di Karachi, Pakistan. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Islamik untuk Pelajaran dan Kajian di Miami, Florida dan juga sebagai Direktor Dakwah untuk Tanzeem-e-Islami di Amerika Utara. 


Dalam menyampaikan ceramah, beliau berterusan bermusafir ke seluruh dunia sejak menjadi graduan dari Institut Aleemiyah dalam Pengajian Islam pada 1971 dan semenjak berumur 29 tahun. Beliau telah mengarang lebih dari 12 buah buku dalam topik Islam dan mendapat banyak pengiktirafan. Bahkan buku " Jurusalem dalam Quran - Pandangan Islam terhadap halatuju Jurusalem atau "Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem " telah menjadi buku jualan terlaris dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Jerusalem dalam Al-Quran Bahasa Indonesia  - Sheikh Imran Hosein Pdf


Google Drive Click here for download 

Sebuah Pandangan Islam-Mengenai Yajuj dan Majuj pada Zaman-Modern - Sheikh Imran Hosein Pdf



Google Drive Click here for download 

Larangan Riba Didalam Al Quran dan Sunnah - Sheikh Imran Hosein Pdf  



Dinar Emas dan Dirham Perak: Islam dan Uang Masa depan - Sheikh Imran Hosein Pdf


Google Drive Click here for download 

Tanda Kiamat Di Dunia Modern - Sheikh Imran Hosein Pdf


Google Drive Click here for download  

George Bernhard Shaw and the Islamic Scholar - Sheikh Imran Hosein Pdf


Google Drive Click here for download 


Kekhalifahan Hijaz dan Negara Bangsa Arab-Wahhabi - Sheikh Imran Hosein Pdf 


Google Drive Click here for download