Laman

Selasa, 23 Juni 2015

Nabi Imran AS

Nama Nabi Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun. Beliau memiliki istri yang bernama Hannah binti Faqud bin Qabil.  Hannah istri Imran mempunyai adik yang bernama Elizhabet yang merupakan Istri Nabi Zakaria AS


Imran & Hannah dikaruniai anak perempuan yang bernama Maryam (Ibu Kandung Nabi ISA AS). yang merupakan wanita suci yang shaleh dan taat.


Keturunan dan keluarga Imran mempunyai darah keturunan Nabi. Nama keluarga ini diabadikan & jadi salah satu nama Surah didalam Al Quran, yaitu Surah ketiga yang bernama "Surah Ali Imran".


Nabi Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. seperti mana yang telah terdapat dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 33: 
 




Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing)

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth, Palestina. Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan dan kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai pekerjaan mereka. 


Nabi Imran A.S. menyimpan hasrat untuk tinggal di Jerusalem. Beliau ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis atau yang sekarang disebut Mesjidjil Al Aqsha. Beliau pernah bermimpi menjadi siak di tempat suci di Baitulmuqaddis dan bermimpi menjaga kebersihan dan membantu kerja-kerja menjaga tempat suci itu. 



Isteri Nabi Imran A.S. telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menerima anaknya Mariam untuk menjadi ahli Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat dalam surah Ali Imran ayat 35: 


(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."